Jenis makanan terkenal di Johor


Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang mempunyai pelbagai budaya yang agak unik. Antaranya ialah budaya makanan. Gabungan makanan bagi kaum Melayu, Cina dan India berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada hidangan Malaysia.

1.MEE BANDUNG

Mee bandung

Mee bandung merupakan makanan warisan turun temurun yang digemari ramai terutama di Muar, Johor. Keenakan mee bandung asli sememangnya tiada tandingannya dan hidangan ini bukannya berasal dari Bandung, Indonesia.

Hidangan mee bandung ini merupakan gandingan mee dan telur sahaja pada suatu tika dahulu. Dari situ lah mee bandung mendapat nama. Ia turut dilengkapi dengan bahan – bahan lain seperti cili, udang kering, rempah ratus asli dan sebagainya.


Mee bandung enak dimakan bersama udang, telur, hirisan daging serta sayuran. Meskipun mee bandung sangat terkenal di pelosok negara, namun hidangan ini adalah asli dari negeri Johor.





Lokasi mee bandung




Laksa Johor

Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu yang lebih dikenali sebagai Peranakan. Perkataan laksa berasal dari bahasa Sanskrit iaitu laksha yang bererti banyak, dimana ianya merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan untuk menghasilkan laksa.


 Laksa Johor adalah sebuah makanan tradisi yang lazat dari negeri Johor, negeri di selatan Semenanjung Malaysia.  Laksa Johor ini boleh dimakan sebagai hidangan di dalam keraian, majlis, atau hari perayaan.  Kebiasaannya orang Johor menghidangkan makanan ini pada hari Raya atau di dalam majlis-majlis tertentu.

Laksa Johor adalah suatu set makanan yang terdiri dari spaghetti, bersama kuah Laksa Johor berserta ulam-ulam seperti hirisan timun, bawang besar, hirisan daun kesum atau daun selaseh, limau kasturi, taugeh dan sambal belacan.  Selain dari bahan-bahan ini, ada sesetengah daerah di Johor memakan Laksa Johor  bersama hirisan kacang panjang dan sambal belacan.


Lokasi laksa Johor


Mee rebus







Mee rebus merupakan mee yang sangat terkenal dan berasal dari negeri Johor. Ia juga merupakan pilihan makanan tradisional masyarakat tempatan dan juga masyarakat luar.

Pada masa dahulu, mee rebus ini dijual oleh penjaja bergerak dengan menggunakan kandar di mana satu bakul mengandungi dapur dan periuk air masak, manakala bakul lain diisi dengan ramuan untuk hidangan. Mee rebus memiliki rasa yang agak unik iaitu rasanya yang lemak manis, pedas, sedikit masam dimakan bersama kepingan tepung rangup.

Hidangan ini turut dihiasi dengan telur rebus, limau kasturi, hirisan daging, cili hijau, tauhu goreng, taugeh serta daun sup dan daun bawang. Kuahnya yang enak dan pekat ini diperbuat dari ubi keledek, serbuk kari, kacang soya masin, udang kering dan juga kacang tanah.

Lokasi mee rebus




Comments

Popular posts from this blog

Jenis Makanan Terkenal Di Terengganu