Jenis Makanan Terkenal Di Terengganu

 

1.JENIS KEROPOK LEKOR

*KEROPOK KEPING

Picture


Keropok keping ialah seperti yang ditunjukkan di atas. Keropok keping adalah salah satu jenis keropok yang dikeringkan dan ianya sangat rangup apabila dimakan. Kebiasaannya, keropok keping ini enak dimakan di mana-mana sahaja kerana teksturnya yang ringan dan mudah dibawa. Keropok jenis ini akan dikeringkan terlebih dahulu untuk menjadikannya sebagai keropok keping. Memang enak dimakan begitu sahaja!

*KEROPOK BATANG

Picture
Picture
Keropok batang yang berasal dari Terengganu merupakan salah satu jenis keropok yang sedap dan enak dimakan begitu sahaja. Tekstur keropok lekor ini adalah sedikit melekit kerana kebiasaannya keropok ini diperbuat daripada adunan tepung, gula, garam, air, dan isi ikan yang dihancurkan. Keropok jenis ini biasanya bersaiz panjang dan tidak dipotong. Walau bagaimanapun, keropok lekor ini sangat sedap apabila dicicah bersama-sama sos cili yang lazat!

CONTOH KEROPOK GORENG

Picture


Keropok goreng merupakan salah satu daripada jenis keropok yang paling disukai di samping cara memasaknya yang mudah dan senang iaitu hanya dengan menggoreng. Keropok goreng sememangnya mempunyai penggemarnya yang sukakan kerangupan dan kelembutan isi ikan yang terdapat pada keropok itu. Apabila digoreng panas-panas, bertambah sedap keropok ini sambil dicicah sos yang pedas.

*LOKASI KEROPOK LEKOR


2.LAKSA TERENGGANU



Seperti di negeri-negeri lain, Terengganu turut memiliki menu laksa yang tersendiri. Ia turut dikenali sebagai Laksa Terengganu.
Terdapat dua jenis kuah laksa yang berbeza iaitu laksa kuah putih dan juga kuah merah. Kuah merah lebih pedas dan berempah, manakala kuah putih pula terasa lebih lemak dengan isi ikan yang begitu banyak. Isi ikan ini juga menjadi kuah laksa terasa lebih manis.

*LOKASI LAKSA TERENGGANU



Comments

Popular posts from this blog

Jenis makanan terkenal di Johor