Johor

Malaysia merupakan salah sebuah Negara yang mempunyai pelbagai budaya yang agak unik. Antaranya ialah budaya makanan. Gabungan makanan bagi kaum Melayu, Cina dan India berjaya menyatukan pelbagai hidangan kepada hidangan Malaysia.

1.MEE BANDUNG

Mee bandung

Mee bandung merupakan makanan warisan turun temurun yang digemari ramai terutama di Muar, Johor. Keenakan mee bandung asli sememangnya tiada tandingannya dan hidangan ini bukannya berasal dari Bandung, Indonesia.

Hidangan mee bandung ini merupakan gandingan mee dan telur sahaja pada suatu tika dahulu. Dari situ lah mee bandung mendapat nama. Ia turut dilengkapi dengan bahan – bahan lain seperti cili, udang kering, rempah ratus asli dan sebagainya.


Mee bandung enak dimakan bersama udang, telur, hirisan daging serta sayuran. Meskipun mee bandung sangat terkenal di pelosok negara, namun hidangan ini adalah asli dari negeri Johor.





 Lokasi mee bandung




2. Laksa Johor

Laksa merupakan sejenis makanan berkuah seperti mi yang popular di Malaysia dan Singapura. Ia dikatakan berasal dari orang Cina yang berhijrah ke Tanah Melayu yang lebih dikenali sebagai Peranakan. Perkataan laksa berasal dari bahasa Sanskrit iaitu laksha yang bererti banyak, dimana ianya merujuk kepada banyaknya kandungan dan rempah yang digunakan untuk menghasilkan laksa.


 Laksa Johor adalah sebuah makanan tradisi yang lazat dari negeri Johor, negeri di selatan Semenanjung Malaysia.  Laksa Johor ini boleh dimakan sebagai hidangan di dalam keraian, majlis, atau hari perayaan.  Kebiasaannya orang Johor menghidangkan makanan ini pada hari Raya atau di dalam majlis-majlis tertentu.

Laksa Johor adalah suatu set makanan yang terdiri dari spaghetti, bersama kuah Laksa Johor berserta ulam-ulam seperti hirisan timun, bawang besar, hirisan daun kesum atau daun selaseh, limau kasturi, taugeh dan sambal belacan.  Selain dari bahan-bahan ini, ada sesetengah daerah di Johor memakan Laksa Johor  bersama hirisan kacang panjang dan sambal belacan.


Lokasi laksa Johor


3. Mee rebus







Mee rebus merupakan mee yang sangat terkenal dan berasal dari negeri Johor. Ia juga merupakan pilihan makanan tradisional masyarakat tempatan dan juga masyarakat luar.

Pada masa dahulu, mee rebus ini dijual oleh penjaja bergerak dengan menggunakan kandar di mana satu bakul mengandungi dapur dan periuk air masak, manakala bakul lain diisi dengan ramuan untuk hidangan. Mee rebus memiliki rasa yang agak unik iaitu rasanya yang lemak manis, pedas, sedikit masam dimakan bersama kepingan tepung rangup.

Hidangan ini turut dihiasi dengan telur rebus, limau kasturi, hirisan daging, cili hijau, tauhu goreng, taugeh serta daun sup dan daun bawang. Kuahnya yang enak dan pekat ini diperbuat dari ubi keledek, serbuk kari, kacang soya masin, udang kering dan juga kacang tanah.

 Lokasi mee rebus








4. Asam Pedas





Asam pedas sangat terkenal di negeri Melaka. Namun, di negeri Johor juga terdapat hidangan asam pedas yang tersendiri. Hidangan asam pedas di Johor mempunyai kelainan serta keunikan yang tidak mampu diungkapkan dengan kata – kata. 

Istimewanya asam pedas Johor adalah terletak pada tumisan cili kisar yang kemudiannya dicampurkan dengan air asam jawa. Penggunaan bunga kantan serta daun kesum bagi menyediakan hidangan ini memberikan rasa yang begitu berbeza.

Asam pedas Johor bukan sahaja enak dimakan bersama nasi putih, namun ia turut dimakan bersama lempeng kelapa yang begitu mengliurkan.

5. Lontong 


   

Lontong merupakan salah satu makanan tradisional di Johor, namun memiliki pengaruh dari Indonesia dan Jawa. Ia merupakan menu wajib di negeri Johor menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Jika berkunjung ke Johor, anda boleh menikmati hidangan ini di warung – warung jalanan untuk bersarapan. Terdapat dua jenis lontong, iaitu lontong kering dan basah.Kehadiran sambal tumis yang dicampurkan bersama memberikan kesempurnaan rasa dalam hidangan lontong ini.



Comments

Popular posts from this blog

Jenis Makanan Terkenal Di Terengganu

Jenis makanan terkenal di Johor