Pulau Pinang

 Jenis makanan terkenal di pulau pinang

                           1. Rockstarz Burger Pinang

                    


Bukan seperti burger biasa yang boleh kita jumpa di tepi jalan, di Rockstarz Burger, daging dan sos yang digunakan dihasilkan sendiri oleh mereka. Memang unik, Ketebalan daging burgernya bakal membuatkan perut kekenyangan kita

Nama-nama burgernya juga sangat unik kerana mereka menggabungkan konsep Food, Music & Art. Antara nama burger yang bakal kita lihat di sini adalah seperti The Black Sabpper, The Santanaz, The Red Hot Curry Chilleez dan banyak lagi.

                                           2. Nasi Kandar Kampung Melayu


Terletak hanyalah di deretan kedai flat kos rendah Kampung Melayu, Nasi Kandar Kampung Melayu yang telah pun beroperasi dari tahun 1970 ini menghidangkan sehingga 700 ke 1000 pinggan setiap hari.

Untuk sempurna hidangan nasi kandar yang telah dilimpatkan dengan kuah kari yang berperisa mengancam ni, anda boleh memilih daripada 15 pilihan lauk-pauk yang ada seperti kari kepala ikan, kari ayam, ayam ros, rendang daging dan banyak lagi.


                                           3. Roti Canai Transfer Road


Memang banyak kedai roti canai di sekitar Penang ni, tapi susah nak cari yang dapat mengalahkan kesedapan Roti Canai Transfer Road.

Di sini anda boleh mendapatkan sarapan pagi yang menyelerakan sama ada roti canai ataupun roti bakar. Roti canai di sini begitu enak dimakan kerana disajikan dengan kuah yang pekat yang memang lain daripada yang biasa dinikmati.kita mesti boleh cuba roti bakar telur goyang yang ditawarkan di sini, cukup enak!


                                                     4. Kedai Nasi 7 Benua


Jika kita suka yang sedikit berwarna-warni, mungkin kedai inia anda boleh cuba. Nasi 7 Benua yang bewarna-warni. Ianya terdiri daripada adalah Nasi Minyak, Nasi Tomato, Nasi Lemak, Nasi Hujan Panas, Nasi Lemuni, Nasi Putih, dan Nasi Kacang.Nama kedai ini bukan Kedai Nasi 7 Benua tetapi Koo Boo Cafe. Ia betul-betul tereletak bersebelahan Stadium Sungai Ara.


 5. SANI CHAR KOEY TEOW






Tidak jauh dari tapak Pesta Pulau Pinang, Sani Char Koey Teow memang menjadi kegemaran ramai bagi setiap pengunjung. Lokasi yang lebih tepat adalah di kawasan Tokong Ular, bila anda sebut saja Sani Char Koey Teow, semua orang tahu kerana ‘brand’ yang cukup terkenal. Harga pun berpatutan dengan rasa yang sedap. Anda kena cuba.



Comments

Popular posts from this blog

Jenis Makanan Terkenal Di Terengganu

Jenis makanan terkenal di Johor