Terengganu

 

1.JENIS KEROPOK LEKOR

*KEROPOK KEPING

Picture


Keropok keping ialah seperti yang ditunjukkan di atas. Keropok keping adalah salah satu jenis keropok yang dikeringkan dan ianya sangat rangup apabila dimakan. Kebiasaannya, keropok keping ini enak dimakan di mana-mana sahaja kerana teksturnya yang ringan dan mudah dibawa. Keropok jenis ini akan dikeringkan terlebih dahulu untuk menjadikannya sebagai keropok keping. Memang enak dimakan begitu sahaja!

*KEROPOK BATANG

Picture
Picture
Keropok batang yang berasal dari Terengganu merupakan salah satu jenis keropok yang sedap dan enak dimakan begitu sahaja. Tekstur keropok lekor ini adalah sedikit melekit kerana kebiasaannya keropok ini diperbuat daripada adunan tepung, gula, garam, air, dan isi ikan yang dihancurkan. Keropok jenis ini biasanya bersaiz panjang dan tidak dipotong. Walau bagaimanapun, keropok lekor ini sangat sedap apabila dicicah bersama-sama sos cili yang lazat!

CONTOH GORENG

Picture


Keropok lekor merupakan salah satu daripada jenis keropok yang paling disukai di samping cara memasaknya yang mudah dan senang iaitu hanya dengan menggoreng. Keropok lekor sememangnya mempunyai penggemarnya yang sukakan kerangupan dan kelembutan isi ikan yang terdapat pada keropok itu. Apabila digoreng panas-panas, bertambah sedap keropok ini sambil dicicah sos yang pedas.

*LOKASI KEROPOK LEKOR


2.LAKSA TERENGGANU



Seperti di negeri-negeri lain, Terengganu turut memiliki menu laksa yang tersendiri. Ia turut dikenali sebagai Laksa Terengganu.
Terdapat dua jenis kuah laksa yang berbeza iaitu laksa kuah putih dan juga kuah merah. Kuah merah lebih pedas dan berempah, manakala kuah putih pula terasa lebih lemak dengan isi ikan yang begitu banyak. Isi ikan ini juga menjadi kuah laksa terasa lebih manis.

*LOKASI LAKSA TERENGGANU





3.PULUT LEPA

  

                          


Pulut lepa ialah salah satu kuih muih tradisional di negara Malaysia yang berasal dari negeri Terengganu. Pulut lepa tidaklah sama seperti pulut panggang. Pulut lepa sebenarnya berintikan isi ikan, namun tetap dipanggang di atas api. Intinya terdiri dari isi ikan, bawang, cili kering dan juga kelapa. Campuran ini akan dimasak sehingga kering dan dijadikan sebagai inti di dalam pulut.

Ia kemudiannya dipanggang di atas api sehingga pulut benar - benar masak. Kelebihan pulut lepa ini ialah isi ikan yang sangat menyerelakan dan mudah didapati di gerai - gerai tepi  jalan. Disamping itu mempunyai rasa yang manis dan menyelerakan. 


                                   Pulut Lepa




4.LEMPENG NYIOR


Lempeng nyior atau juga dikenali dengan lempeng kelapa ini menggunakan air kelapa muda sebagai salah satu bahan utama. Penggunaan air kelapa muda ini memberikan rasa lemak dan manis.
                                  Lempeng Nyior
Sekiranya tidak mencampurkan air kelapa muda, ia juga boleh dicampurkan dengan kelapa parut sebagai penambah adunan. Ia akan memberikan rasa lemak pada lempeng tersebut. Lempeng nyior juga ialah salah satu makanan terkenal diseluruh Malaysia. Ianya ialah makanan yang berasal dari Terengganu tetapi lempeng nyior ini mudah didapati di Malaysia. Terutamanya di restoran nasi kandar.

                               
                               




5. BUBUR ASYURA


Bubur Asyura ataupon dikenali sebagai sugha ialah bubur yang dibuat dengan pelbagai campuran ramuan. Ia biasanya dibuat pada tanggal 10 Muharram iaitu pada Hari Asyura.


Bubur Asyura yang dimasak perlu menggunakan 10 jenis bahan. Sekiranya bahan - bahan yang digunakan adalah lebih atau kurang, maka bubur tersebut tidak dipanggil sebagai Bubur Asyura. 
Bubur Asyura di negeri Terengganu menggunakan rempah asyura, dicampur pula dengan hirisan daging, kekacang, ubi, beras, santan, kerisik, bawang, gula dan garam. Bubur ini berwarna gelap seakan warna hitam dan ia agak kental seakan puding. Rasanya yang lemak, manis serta berempah sangat enak dinikmati.
 
                           

Setiap negeri, terutama negeri-negeri di semenanjung Malaysia, mempunyai Bubur Asyura yang berlainan rasa dan ramuan. Begitu juga dengan negeri Terengganu, yang mempunyai cara yang berbeza untuk membuat Bubur Asyura.

                           


Demikian itu ialah contoh - contoh makanan yang sangat terkenal di negeri terengganu. 

Comments

Popular posts from this blog

Jenis Makanan Terkenal Di Terengganu

Jenis makanan terkenal di Johor